nursafila660
4 tahun
Telinga terbelah dibelakang
Saya punya tunang berusia 25 tahun ada masalah dibelakang telinga . belakang tu dia terbelah sedikit dan pedih tidak berdarah . apakah puncanya ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah telinga terbelah dibelakang yang tunang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Kecederaan lampau
- Kesan tindikan telinga
- Faktor keturunan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan tunang anda, tunang anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.