
syazwan971203
6 tahun
Telinga tersumbat akibat demam dan selsema
Saya lelaki berumur 22 tahun , pada 29/4/19 yg llu sy mengalamai demam dan selsema , pada masa itu telinga saya mula rasa tersumbat . Apakah cara untuk saya mengatasi masalah telinga tersumbat ini

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara cara menghilangkan masalah telinga tersumbat ialah:
A) Graviti
Kita haruslah berdiri dengan satu kaki, sengetkan kepala ke arah yang tersumbat itu lalu melompat dengan satu kaki. Dengan ini, cecair yang terperangkap dalam tiub tersebut akan dapat dikeluarkan sekali gus mencegah masalah telinga tersumbat ini.
B) Wap air panas
Kita dikehendaki menghirup wap tersebut sambil menutupi kepala kita dengan tuala supaya wap tersebut tidak akan terlepas ke luar. Ini akan membantu melegakan masalah telinga tersumbat dengan mencairkan segala lendiran yang terperangkap dalam tiub Eustachian tersebut
C) Menelan air liur atau menguap
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih