
Sulit
5 tahun
Telinga tersumbat dan pendengaran kurang
saya wanita berumur 46 dan mempunyai masalah telinga tersumbat. puncanya begini - hampir 1 1/2 bulan lepas bila saya bangun tidur saya dapati telinga kira saya sakit (secara tiba-tiba). sy x pernah korek telinga guna cotton bud. bila sakit tu telinga pun rasa berdengung. pergi hosp doc bg ubat titis dan tahan sakit je. 5 hari pastu sakit masih x sembuh lalu sy pergi kk. doc periksa guna alat telinga tu dan kata telinga sy dah bengkang dan merah (radang). gegendang pun dh pecah akibat jangkitan. doc bg ubat antibiotik dan suruh sambung guna ubat titis, buat x ray juga tapi keputusan xray doc kata tiada apa-apa.
sebab belakang cuping terasa sakit bila ditekan sikit maka saya dirujuk ke pakar ent 3 hari selepas mendapatkan rawatan di kk. di klinik pakar ent doc masukkan kamera dan berkata proses penyembuhan sedang berlaku. masa tu dah kurang sakit dah. telinga sy masih lagi berdengung (sebenarnya rasa tersumbat) dan doc bagi ubat utk mengeluarkan cecair dalam telinga dan satu lagi ubat - ubat titis (berlainan jenis dari yang sebelum ini).
Appointment kali ke 2 telinga saya telah sembuh sepenuhnya tetapi rasa terseumbat tu masih ada lagi. ia mengganggu pendengaran saya, membuatkan pendengaran saya menjadi kurang. membuatkan saya menjadi tidak selesa. doc masih bagi ubat untuk keluarkan cecair dalam telinga (cara makan - selang sehari). appointment kali ke 3 pada awal disember ini. (ubat keluarkan cecair tu ubat selsema yg doc bagi, nama ubat t.loratadine 10mg.
untuk makluman telinga kanan saya pun kadang2 rasa sumbat juga akhir2 ni tapi telinga kira memang sentiasa rasa tersumbat. bila saya sujud (solat) memang ketara sumbatnya doc. rasa mcm penuh air je dlam telinga.
soalan saya boleh kah masalah ini diatasi dan brp lama rasa tersumbat ini akan hilang. Apakah cara-cara yang blh mengatasinya. saya pam telinga dengan tapak tangan pun tidak berhasil (seperti yang saya buat kalau telinga masuk air)
terima kasih.
15.11.19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, telinga tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otitis media iaitu keradangan telinga tengah biasanya melibatkan gegendang telinga, akibat jangkitan
- Otitis externa iaitu keradanagan telinga luar biasanya menyebabkan sumbatan akibat daripada liang telinga yang membengkak
- Furunculosis adalah jangkitan kuman pada pembukaan liang telings
- Surfer’s ear adalah apabila tulang telinga bertumbuh secara berlebihan
Memandangkan telinga kiri anda juga telah terkena, sebaiknya anda merujuk doktor sebelum masalah memburuk dan menganggu pendengaran. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.