Sulit
3 tahun
Telinga Tersumbat dan sekarang mula rasa sakit
saya sudah 3 hari telinga rasa tersumbat, I know that is because earwax blocked, i dont even try to remove the earwax by using cotton buds. I just use warm water and ear wax softener,. Tapi sekarang telinga saya mula ada rasa sakit dan bengkak sedikit. apakah saranan anda doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit telinga dan telinga bengkak. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman di telinga
- trauma lubang telinga
- inflamasi lubang telinga
- foreign body atau cerumen obstruction
- dan lain-lain
Maka kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali agar rawatan susulan dapat di berikan. Namun buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk:
- berhati-hati ketika mandi agar air tidak termasuk kedalam lubang telinga
- jangan cuba mengorek, menekan atau meletakkan sesuatu kedalam lubang telinga
- jangan cuba membeli mana-mana ubat tetesan atau pil tanpa pengetahuan doktor
- makan ubat demam sekiranya demam kembali
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.