
Anonymous
6 tahun
Telinga tersumbat dan terasa sakit selepas buat ear syringe
salam sejahtera. saya lelaki berumur 28, mengalami masalah telinga tersumbat. sy baru berjumpa doktor beberapa hari lepas untuk check telinga. dan trus melakukan ear syringing(if sy tak salah dengar that term). tp setelah beberapa lama procedure dibuat, MA dan doctor said treatment tu tak berjaya sebab tahi telinga saya sudah terlampau keras. sy telah diberi antibiotik and ubat titik dan akan follow up balik dgn doktor dlm mse 4 5 hari. soalan sy, ada kemungkinan lain x selain total block dengan tahi telinga? n skg telinga sy masih berdengung and sometimes rasa sakit/pedih dalam telinga selepas buat procedure tersebut. adakah sbb bengkak?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit telinga yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- luka di dalam telinga akibat irigasi telinga
- infeksi telinga
- vertigo
- kebocoran gendang telinga
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih