kingbee2511
4 tahun
Telinga Tersumbat Kerana Selesema
Saya Lekaki 17 Tahun. Saya Mengalami Telinga Tersumbat Kerana Selesema Yang Teruk Selama Satu Minggu Tolong Bantu Saya Doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tiub Eustachian menghubungkan liang telinga dengan kerongkong sebagai fungsi imbangan paras tekanan luar dan dalam badan. Apabila anda mengalami jangkitan sistem pernafasan bahagian atas atau “upper respiratory tract infection” (URTI), bahagian kerongkong, hidung and sinus mengalami keradangan sekali gus menyebabkan telinga tersumbat.
Justeru itu, punca selesema perlu dirawat terlebih dahulu. Doktor mungkin akan memberi ubat antibiotik atau ubat antiviral dan jika perlu ubat antihistamin. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.