Anonymous
3 tahun
Telinga tersumbat selepas menggunakan putik kapas
Bagaimana cara atasi telinga tersumbat? Dah hampir seminggu… Kejap ok kejap block
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, telinga anda yang tersumbat boleh disebabkan oleh sebahagian dari putik kapas yang tertinggal semasa anda menggunakannya. Saya sarankan untuk anda berjumpa doktor untuk mengeluarkan sebahagian kapas itu jika masalah ini berlarutan atau sekiranya anda tidak dapat mengeluarkannya sendiri.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.