
monylica88
6 tahun
Telinga tiba tiba ada bunyi seperti sesuatu di dalam telinga
Telinga kanan saya tiba2 berbunyi seperti ada sesuatu di dalam. Sudah ke ENT doktor menyatakan radang hidung. Saya dah makan ubat tapi masih berbunyi telinga saya. Saya tak selesa. Kenapa masih berbunyi ye?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca telinga berbunyi ialah saluran darah tidak normal , saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan, masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis,(masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising,kecederaan kepala,pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat ,faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan ,tekanan darah tinggi
Anda dinasihati untuk menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor dan berjumoa dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan .Untuk pengetahuan anda sesetengah ubat akan mengalami tempoh yang lama untuk memberi kesan kepada penyakit tersebut .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih