
shuhadanur351
5 tahun
Telinga tidak dengar di sebelah kanan
Saya menghadapi masalah telinga tak dengar selama tiga hari. saya tidak tahu kenapa tiba tiba tidak dengar. Sebelum ni okey saja. Hari Rabu hari itu tak dengar. Tapi pada masa yang sama saya ada resdung dan sakit tekak.

5 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat 3 jenis masalah kurang pendengaran:
Masalah pendengaran konduktif – masalah ini berpunca daripada masalah pada bahagian telinga luar atau tengah
Masalah pendengaran sensori neural – masalah ini adalah disebabkan oleh penyakit di bahagian telinga dalam iaitu koklear dan saraf koklear yang menghantar bunyi ke otak
Kombinasi penyakit konduktif dan sensorineural
Gejala-gejala berkaitan :
-Tinnitus atau bunyi berdesing
-Telinga berair dan bernanah
-Sakit telinga
-Pendarahan dari telinga
-Pening kepala / hilang keseimbangan (vertigo)
-Sakit kepala
Bagi kes anda, ia berkemungkinan dari penyakit resdung dan sakit tekak yang dialami anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih