
pina_jamususukdara
4 tahun
Telinga tidak dengar sebelahkiri
Sy ada seorg anak perempuan yg berusia 10thn…ini kedua dia mengadu sakit telinga yg teramat & minggu lepas sy ada rujuk ke pesakit luar. Doktor buat pemerikaan bagitahu yg telinga anak sy mengalami luka & dinding telinga menanah. Anak diberi ubat antibiotik dan disaran habiskan…tapi anak mengadu sebelah telinga yg sakit tidak dapat mendengar. Dia hanya mampu dengar jantung berdeyut dan sekiranya dia letih lagi kuat denyut jantung tu dengar… Sy risau dgn keadaan anak sy… Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- komplikasi daripada jangkitan tersebut.
- nanah masih wujud di telinga
- rawatan yang diberikan tidak bersesuaian.
Memandangkan anak anda mengalami masalah tersebut, kami menyarankan anda membawanya berjumpa pakar secepat mungkin.
Untuk maklumat ubat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.