
Sulit
4 tahun
Telur tgh process tu apa
doktor nak tanya… kalau buat ultrasound doktor kata banyak telur tengah process tu apa? tapi ni dah masuk 4 hari masih sakit perut, cram perut, loya, mabuk kapal, pening kepala, makan pun x masuk… tak kan masih waktu subur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas dengan kenyataan “telur tengah proces” yang diberikan oleh anda. Oleh itu, maklumat lanjut dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui kenyataan yang diberikan dan juga supaya puncanya dapat diketahui. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan di dalam ruangan soalan.
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Gejala yang dialami juga boleh disebabkan oleh punca yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.