Sulit
6 tahun
Telur zakar berbintik
Saya berusia 27 tahun… Sy mendapati masalah ini 3 minggu yg lepas… Sy pikir perkara ini hanyalah sekadar bintik biasa… Tpi lama kelamaan bintik tersebut mnjadi seperti jerawat dan ada nasi di dalam… Sbelum trjadi bintik tersebut, didatangi dengan parut putih… Kemudian lama kelamaan baru terjadi bintik pada parut trsebut… Kadang kala gatal… Apakah penyakit itu?? Dan apakah rawatan / ubat yang perlu sy ambil??? Mohon pertolongan…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik pada kantung zakar anda boleh disebabkan:
- Jerawat
- Dermatitis alahan - seperti pada seluar dalam
- Jangkitan herpes genital atau chicken poc
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































