
Sulit
4 tahun
Tembikai menjadi punca najis bertukar warna?
Hi doktor. Saya seorang lelaki berusia 19 tahun. Saya ada sedikit soalan untuk ditanya kepada doktor. Adakah buah tembikai mempunyai potensi untuk mengubah najis berubah kepada warna merah dalam kuantiti warna merah yang sedikit sahaja ?
Saya telah memakan tembikai pada waktu pagi tadi dan pada tengahari saya membuang air besar dan mendapati bahawa dalam najis saya terdapat sedikit gumpalan berwarna merah dan cirinya adalah tidak cair seperti darah dan panjangnya hanya dalam kira kira dalam 7CM sahaja. Saya tidak pernah mengalami berak berdarah sebelum ini, adakah gumpalan berwarna merah tersebut hanya cebisan tembikai yang tidak dicerna ataupun ianya gumpalan darah ?
Untuk pengetahuan doktor, sekarang saya sedang mengalami masalah untuk membuang air besar. Saya hanya membuang air besar kadangkala 2 - 3 hari sekali atau 2 kali, adakah itu normal ?
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah berak berdarah setelah memakan tembikai. Kemungkinan gejala ini berkait dengan pemakanan anda ataupun tidak.
Untuk makluman anda, tembikai tidak akan menyebabkan najis menjadi berdarah. Kami memerlukan info tambahan bagi mengetahui gumpalan itu adalah darah atau tembikai kerana kami tidak boleh membuat apa apa rumusan berdasarkan keterangan yang anda berikan.
Kami sarankan anda untuk menjaga sistem penghadaman anda. Sila pantau simptom-simptom lain seperti berikut untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan mengenai masalah ini:
- Kegatalan pada dubur
- Konstipasi yang teruk
- Najis berdarah yang berlarutan sehingga berbulan-bulan
- Keletihan dan tidak bermaya
- Pitam. Kami memahami anda mungkin pitam kerana banyak darah yang keluar bersama najis akan menyebabkan darah kurang di dalam badan anda.
- Penurunan berat badan yang mendadak
Corak harian anda membuang air besar adalah normal kerana 2-3 kali sehari. Anda tidak perlu risau tentang hal ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih