
Sulit
5 tahun
Tempat injection anak
Anak saya baru ambil injection 3 bulan Dtap/hib/ipv dos 2…
Paha anak saya menjadi bengkak dan merah…tetapi tiada demam
Adakah itu normal dan bole beritahu cara mengatasinya…tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ianya adalah normal. Ini merupakan proses penyembuhan setelah disuntik dengan jarum, lapisan kulit ini akan bermula meradang selepas suntikan dan badan kita akan menghasilkan bahan untuk menyembuhkannya. Oleh itu, gejala ini akan bersurut selepas beberapa hari dan anda harus mengawasi anak anda supaya tidak menggaru tempat tersebut, anda juga disarankan untuk menjaga kebersihan anak anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.