Sulit
5 tahun
Tempat kerja penuh warga iran
tempat kerja saya penuh dengan warga Iran baru balik dari Iran beberapa hari lepas. saya alami sakit tekak demam batuk selsema selepas berjumpa mereka. sekarang demam sudah tiada hnya tinggal sakit tekak, batuk selsema. adakah perlu saya jalani saringan covid19
5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Oleh kerana anda mengalami gejala demam, batuk dan selesema serta bekerja dengan rakan sekerja dari negara Iran, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Buat masa ini hospital kerajaan merupakan tempat ujian saringan dijalankan. Anda boleh mengunjungi mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan ujian saringan tersebut. Disini saya lampirkan senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan [([Designated Hospital for COVID-19]]
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































