
Sulit
4 tahun
Tempat luka sakit kembali
Hello doktor. Saya ingin bertanya bolehkah tempat luka pembedahan dalaman sakit balik walaupun telah kering & telah hampir sebulan apabila ditumbuk atau terhentak sesuatu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, sakit atau tidak pada kawasan pembedahan bergantung kepada sama ada ia telah sembuh ataupun tidak dan faktor-faktor yang mempengaruhi penyembuhan luka juga perlu diambil kira. Adalah normal untuk berasa sedikit sakit pada luka atau parut pembedahan tersebut buat sementara. Bagi luka pada organ dalaman pula, seperti rahim, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
Ini hanyalah keterangan kami secara am persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.