
Sulit
4 tahun
Temph masa pensenyawaan berlaku
Terjadi bercak coklat setelah 2 hari berhubungan seks. Apakah tandanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda mungkin mengalami spotting di mana ia merupakan pendarahan minima dan hanya berlaku untuk tempoh yang sebentar di antara dua waktu haid. Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengenal pasti sama ada pendarahan tersebut adalah pendarahan disebabkan oleh haid ataupun spotting .
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan tersebut, seperti:
- Kehamilan: Kadangkala implantasi boleh menyebabkan pendarahan minima dan implantasi akan berlaku dalam tempoh masa 8 hingga 12 hari setelah persenyawaan sperma dan telur berlaku
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Kecederaan pada dinding vagina atau serviks
- Penggunaan perancangan keluarga yang boleh mengubah tahap kandungan hormon di dalam badan
- Penggunaan ubat cair darah
- Masalah sistem pembekuan darah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia juga boleh disebabkan oleh sebab yang tidak disebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kami sarankan anda merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.