
Sulit
5 tahun
Tempoh ambil pil perancang
Salam Doktor,
Saya sudah 6 bulan ambil pil perancang norriday dan tiada masalah kesihatan. Sepanjang 6 bulan ni saya langsung tidak datang haid. Soalannya, berapa lama tempoh yang selamat untuk saya terus consume pil perancang?
Terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, tiada durasi yang spesifik untuk menyatakan tempoh yang selamat untuk anda mengambil pil perancang tersebut. Namun, kajian menunjukkan terdapat beberapa masalah kesihatan yang boleh berlaku di masa hadapan akibat daripada pengambilan pil tersebut untuk tempoh bertahun-tahun lamanya seperti masalah jantung dan strok.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.