
Sulit
4 tahun
Tempoh kehamilan yg dtg selepas disetubuhi
bile tempoh kehamilan pade wanita yg baru disetubuhi…dan beberapa hari untuk mengetahui dia hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, secara umumnya, kebanyakan wanita akan mengalami tanda-tanda kehamilan beberapa hari setelah berhubungan seksual iaitu apabila sperma memasuki organ reproduksi wanita. Hal ini bergantung juga kepada jangka hayat kualiti sperma. Tanda utama kehamilan adalah haid lewat. Selain itu, anda boleh kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan pada link tersebut. Namun, sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.