Sulit
4 tahun
Tempoh menunggu jawapan keputusan ujian pengesanan Covid 19
Assalamualaikum dn Salam Sejatera Dr. Pd 7.5.2021 lebih kurang jam 9.30 pagi saya dan anak2 buat swab test. Jika pd 8.5 boleh ke saya tahu jawapan pd ujian trsbt. Jika saya dn anak2 -ve, bolehkah saya keluar sebentar beli brg. Utk mkluman Dr, tmpoh kuarantin kami sbgai kontak rapat tamat pd 8.5.21.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda keputusan ujian saringan kedua anda adalah negatif anda boleh menamatkan tempoh kuarantin anda kecuali terdapat arahan daripada KKM atau PKD untuk anda menambahkan tempoh kuarantin anda. Untuk mengetahui keputusan ujian anda, saya sarankan anda untuk menghubungi klinik atau makmal yang anda telah melakukan ujian saringan.
Anda juga boleh hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk bertanya tentang langkah seterusnya mengenai persoalan anda.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































