
Sulit
3 tahun
Tempoh pakai band tracker
Hi Doctor, sekiranya saya menjalankan pcr test di klinik kerajaan, saya nak tanya sekiranya result PCR negaitve, adakah band color itu boleh cancel oleh Dr di klinik kesihatan tersebut dengan serta merta?? . Atau walaupun result negative, masih perlu pakai band tersebut selama 10 sampai 14 hari??
Harap dapat jawapan dari Dr sebab ini lenting sangat utuk aturkan kerja saya dengan majikan saya
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda menjalani PCR test di klinik kerajaan, anda akan dikategorikan terlebih dahulu sebelum ujian, maksudnya ambil ujian sendiri, sebab contak rapat, baru balik negara dan lain.
Selepas itu baru anda akan diberikan gelang yang berwarna berbeza mengikuti kategori anda. Sekiranya anda PCR negatif, doktor bertugas di klinik kesihatan tersebut akan buat keputusan untuk membiarkan anda balik tanpa gelang atau dengan warna yang berkaitan dengan kategori anda selama 2 minggu.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini