
leezarofi
6 tahun
Tempoh pemakaian venturi mask
Suami sy ada di wad sekarang,tekena jangkitan paru-paru…dia di beri bantuan pnfsan dgn mengunakn venturi mask…sudah 8 hari dah…sy nk tau brpa lama biasa nya dia kena pakai venturi mask ye…sy cuma mahu kepastian sahja…dan saya mahu tahu kenapa dia tidak di berikan bantuan oksigen biasa shja?.thank you doc

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, kami tidak boleh mengetahui tempoh pemakaian venturi mask untuk suami puan kerana kami tidak mengetahui keadaan suami puan yang sebenarnya. Pemakaian venturi mask adalah salah satu pemberian bantuan okisgen yang tidak invasif. Venturi mask ini diberikan bergantung kepada peratus keperluan oksigen pesakit.
Sila rujuk kepada doktor yang merawat suami puan bagi mengetahui tempoh pemakaian venturi mask ini serta keperluan suami puan memakainya untuk kefahaman lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!