
Sulit
3 tahun
Tempoh Pendarahan selepas keguguran
Saya wanita berumur 31 tahun, sudah berkahwin selama 8 tahun, mempunyai anak berusia 2 tahun…, baru2 ni,saya hamil dan scan menunjukkan kandungan sy kosong, cuma kantung sahaja… 3 kali scan masih sama kosong, selepas 10 minggu sy keguguran 6/5/21… hari ni hampir sebulan dari tarikh keguguran tu, tapi darah masih keluar berketul2 tetapi tidak banyak. Saya rujuk ke klinik luar, selepas scan doktor info tiada ketulan darah tertinggal, cuma lapisan dinding rahim menebal. Doktor bagi ubat tranexamic acid 250mg untuk berhentikan darah. Persoalannya selamat ka ubat ni bagi pesakit buah pinggang fsgs (proteinuria) dan tekanan darah tinggi…dan berapa lamakah pendarahan selepas keguguran yang normal…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati keatas keguguran yang telah berlaku tempoh hari. Berdasarkan keterangan anda, anda telah menjelaskan tentang hasil dari perjumpaan doktor tempoh hari, dan ingin bertanyakan sekiranya ubat yang di berikan (tranexamic acid) selamat untuk digunakan oleh pesakit buah pinggnag dan tekanan darah tinggi. Anda juga ingin mengetahui tentang perdarahan selepas keguguran. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tranexamic acid adalah selamat untuk diberikan pada pesakit darah tinggi dan buah pinggang sekiranya mereka tidak mempunyai kontraindikasi yang mencurigakan.
Menurut pakar, perdarahan selepas keguguran boleh berlaku sekitar 1 hingga 2 minggu setelah keguguran. Seterusnya perdarahan yang ringan atau spotting boleh berlaku sehingga period yang akan datang.
Namun begitu perdarahan yang berterusan pula boleh menandakan gangguan yang lebih serius dan perlu mendapatkan rawtaan doktor segera, seperti:
- keguguran yang tidak sempurna
- keguguran septik
- gangguan perdarahan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor di atas talian kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.