
Anonymous
6 tahun
Tempoh period panjang
Saya wanita dlm 20an. Sudah berkhawin. Saya sedang mengalami period Hari ke 18. Sebelum ni byk keluar ketulan. 2-3 Hari ni, pakai pad darah Tak banyak. Tetapi semasa buang air kecil, Ade darah yg mengalir. Kadang² saya perasan, bila buat keje berat sikit, time tu darah mengalir dgn byk.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan hal tesebut.
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.