
mohamadazlan025
2 tahun
Tempoh urin bersih jika mengabil ganja
Sya ambil ganja … Brapa hari boleh clear urin utk jika minum ural ? Saya hisap ganja 1 malam je …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penghisap ganja akan mempunyai kesan ganja dalam air kencing mereka selama 2 minggu dan kesan ganja ini tetap ada dalam darah walaupun penghisap ganja tidak menghisapnya untuk beberapa minggu.
Untuk penghisap ganja yang tidak aktif, kesan ganja boleh dikesan dalam air kencing dalam masa seminggu atau lebih dan ujian darah pula boleh mengesan level THC dalam badan selama 24 jam.
Tetapi jika anda seorang penghisap ganja yang aktif, ujian air kencing anda akan menunjukkan anda positif ganja selama lebih 100 hari selepas kali terakhir anda menghisap ganja dan ujian darah pula selama seminggu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.