Sulit
4 tahun
Temujanji selepas Sembuh
Saya lelaki, 39 tahun. Pada 29/6/2021, saya positif Covid Stage 5 dan dibenarkan balik rumah pada 14/7/2021. Pada 18/7/2021, saya sesak nafas dan dimasukkan ke hospital pada 19/7/2021. Doktor yang merawat saya memberitahu saya hanya bole terima vaksin seleps 3 bulan. Namun, pada 12/8/2021 saya telah menerima temujanji vaksin untuk dos pertama, dan saya belum sah kan kehadiran saya. Apa pendapat doktor, terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, badan manusia berkemampuan untuk menghasilkan beberapa tahap imuniti diperoleh setelah dijangkiti covid. Namun, kami tidak dapat pastikan berapa lama imuniti ini dapat bertahan, walaupun jangkitan semula jarang dalam tempoh 6 bulan.
Bagaimanapun, anda masih boleh ambil vaksin mengikut masa vaksinasi yang disarankan setelah jangkitan COVID-19 yang disenaraikan oleh KKM. Pemberian suntikan vaksin kepada bekas pesakit Covid adalah selepas 3-6 bulan.
Selain itu, anda boleh mengambil vaksin sebelum 90 hari juga, tetapi kemungkinannya vaksin tersebut akan kurang berkesan kerana sisa virus covid yang telah mati masih berada dalam badan anda. Seperti yang dimaklumkan di atas, badan anda juga berkemampuan untuk menghasilkan imuniti.
Anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454 dan
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini























