Sulit
3 tahun
Tengah terasa sering lenguh dan kebas
Saya wanita berusia 21 tahun mengalami lenguh tangan dan terkadang kebas…adakah ini salah satu puncanya kerana kesan daripada ubat tahan sakit yg saya dpat… selepas saya dimasukkan ubat tahan sakit beberapa jam selepas itu tangan jadi lenguh dan ada masa jadi kebas.
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, keadaan lenguh dan kebas yang berlaku pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala kebas & lenguh yang dialami boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat atau kekurangan gula
- tanda gangguan tidur atu kekurangan rehat (baca: extreme fatigue)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau apakah ianya terkait rawatan yang telah didapatkan sebelum ini, dan seterusnya agar rawatan yang lebih tepat (sekiranya perlu) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di pusat rawatan tempoh hari, mahupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.