Sulit
3 tahun
Tengkuk tidak selesa dan berbunyi
Sy lelaki berumur 17 thn. Sy punya Tengkuk leher di belakang rasa tidak selesa dan hampir 2thn lebih suda sy rasa mcm ni. Rasa dia tidak lah sakit sangat, tapi rasa tidak selesa itu terlalu TIDAK SELESA sampai mengganggu aktiviti harian sy. Rasa tidak selesa itu ada setiap masa kecuali waktu tidur. Dan sy perlu menoleh ke kiri kanan dan menunduk/dongak leher sy supaya rasa tidak selesa itu berkurang sikit(tapi tidak juga hilang). Dan masa sy kasi gerak leher sy mcm yg sy lakukan di atas:arrow_up:, leher sy berbunyi “krak-krak” tapi tidak sakit , dan kadang-kadang ada juga rasa sakit dan ada rasa panas di tengkuk sy smpai sy rasa sakit kepala dan loya(loya ja tapi tidak muntah). Dan kalau bangun pagi atau baring/bersandar terlalu lama, sy punya tenguk bila sy dongak leher ke atas…rasa ngilu(mcm kalau dipaksa dongak boleh patah) sampai ke tulang belakang rasa ngilu dia. Masa first time kena camni sy cuba lah kasi dongak leher sy keatas secara perlahan-lahan dan berulang kali sampai lah tiba-tiba tengkuk sy berbunyi krak! Automatik rasa ngilu tu 100% hilang. Jadi setiap kali bangun pagi/baring/bersandar terlalu lama…sy buat mcm tu lah supaya rasa ngilu dia hilang. Tapi kadang-kadang kalau sy buat cara mcm tu yg kasi dongak leher keatas sampai berbunyi, rasa ngilu dia hilang lah tapi ada masa bila sudah berbunyi krak tu sy susah mahu tunduk pula:joy: sbb ada rasa urat tegang dari tengkuk sampai tulang belakang sy dan kalau paksa tunduk silap-silap boleh putus. Sy sudah pergi hospital dan xray leher sy tapi hasil xray itu normal dan tiada kecederaan tulang/tulang patah. jadi… apa mcm ni doktor…dan yg paling last, tu kasi gerak gerak leher tu suda menjadi rutin harian sy suda sbb utk mengurangkan rasa tidak selesa…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit leher atau leher tidak selesa dan bahu yang anda hadapi. Untuk makluman anda, waktu penyembuhan dari gejala ini bergantung juga kepada aktiviti seharian anda. Ia boleh berbeza-beza bagi setiap individu. Masalah sakit leher atau tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura . Penyebabnya boleh berasaskan:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja. Oleh itu, anda disarankan untuk rehat secukupnya untuk sementara waktu untuk penyembuhan tengkuk anda. Elakkan postur duduk yang tidak baik terutamanya sewaktu menggunakan komputer atau telefon bimbit yang lama.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih