
Anonymous
5 tahun
Tension or dipression
sy 21thn belum kahwin lagi. dalam hidup sy ada masalah banyak dari segi keluarga dan boyfrnd. sejak satu bulan sy rasa banyak sakit kepala kalau fikir banyak dan juga sy rasa nak bersendirian. nak tidur pun tak boleh. selalu ingin mau menangis dan sy juga setiap hari menangis sebab masalah…adakah ini masalah depression or mental…sy tak boleh kawal diri sy dan juga fikiran sy…tolong sy jelaskan masalah sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Depresi atau kemurungan adalah penyakit mental yang taburannya lazim dalam kalangan wanita bawah 30 an dan mampu melibatkan sesiapa sahaja. Antara simptom depresi termasuklah:
- hilang minat terhadap benda yang dahulu disukai
- berasa sedih untuk jangka lebih dari seminggu
- sentiasa lemah dan tidak bermaya
- sentiasa menangis
- masalah dengan tidur
- kerap terjaga di awal pagi ketika tidur di tengah malam
- hilang selera makan
- berasa diri tidak berguna dan pesimist
- aktiviti seharian terganggu
Oleh puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat keputusan yang terbaik untuk puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih