
Sulit
4 tahun
Tentang kehamilan bunting pelamin
Salam saya nak tanya saya last period 12/9/2020 lepastu saya kahwin 31/10/2020 dan sepatutnya ujung bulan 10 saya period tapi saya xperiod.Kemudian selepas 17 hari dari tarikh kahwin saya xperiod jgk so saya cek urine test + mknanya saya mengandung.Tu dikira bunting pelamin ke sebap saya baru berkahwin 17 hari.Terima kasih mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan penjelasan anda diatas, kemungkinan untuk puan hamil adalah sangat tinggi. Hal ini adalah kerana tiada haid dan puan telahpun melakukan urine test. ujian ini boleh digunakan selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan. Sekiranya anda ingin mendapatkan kepastian mengenai kehamilan ini, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mengesahkan kandungan tersebut.
Antara tanda awal kehamilan ialah:
- lewat datang haid
- sakit pada pinggang
- kerap kencing
- sakit pada buah dada
- tinggi selera makan
Anda boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut. https://www.doctoroncall.com.my/soalan/signs-of-pregnancy-tanda-hamil
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.