
Sulit
4 tahun
Tentang kehamilan selepas period
Hai Dr saya nak Tanya, Ada ke org baru Lepas period tak sampai sebulan cek upt naik 2 line, dua line tu Kan maksud hamil

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, 2 garisan pada ujian kehamilan bermakna positif ataupun hamil. Ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.