
Sulit
3 tahun
Tentang keputusan pregnancy test
saya berumur 26tahun dan sudah berkahwin hampir 6tahun …saya dah lewat haid dalam 8hari … tetapi 3hari yang lepas saya keluar sedikit darah tapi 1hari sahaja … lepas tu tak ada dah keluar darah … kemudian saya menggunakan 1 jnama upt ni dan result 2 line … kemudian saya guna upt jenama lain tetapi naik 2line tapi samar2 dan pudar sangat … ada kah saya hamil @ masalah ovary cyst??
ada 1 lagi soalan, waktu pagi bila check upt double line yg agak terang …tapi bila tengahari dan keatas kalau buat upt jadi 2line yang samar2 … xpekat seperti check time waktu pagi … apa sebabnya ya? …terima kasih …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Alat yang digunakan telah rosak atau tamat tempoh
- Air kencing yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
- Prosedur pemeriksaan yang tidak betul
Oleh itu, untuk mendapatkan keputusan yang tepat, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan