
alfineswandi
2 tahun
Tentang pastinor dan escapelle
Mana yang lebih baik antara pastinor dan escapelle untuk msalah terlanjur dan pncut dalam untuk mengelakkan mengandung dan efek sampingan tidak teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat dua jenis pil perancang iaitu pil perancang sebelum hubungan kelamin dengan pil perancang selepas hubungan kelamin.
Pil perancang selepas hubungan kelamin seperti Postinor dan Escapelle mengandungi hormon progestogen yang akan membantu mencegah kehamilan. Pil-pil perancang ini hanya berkesan sehingga 72 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan. Justeru itu, pil perancang ini seharusnya diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin. Terdapat sejenis pil perancang yang baru di pasaran iaitu Ella, yang mengandungi bahan ulipristal acetate. Pil ini berkesan sehingga 120 jam selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Pil perancang sebelum hubungan kelamin seperti Noriday, Yazmin, Rigevidon, Marvelon dan sebagainya seharusnya diambil setiap hari mengikut arahan doktor. Jika pil perancang ini tidak diambil setiap hari, maka pil ini adalah tidak berkesan untuk mencegah kehamilan. Pil perancang ini juga tidak berkesan untuk mencegah kehamilan jika diambil selepas setiap kali mengadakan hubungan kelamin. Justeru itu, jika isteri anda mengambil pil perancang tersebut selepas lama tidak mengambil ubat tersebut, pil tersebut kurang berkesan untuk mencegah kehamilan terutamanya selepas hubungan kelamin tanpa perlindungan.
Oleh itu, anda digalakkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memperoleh nasihat tentang cara pencegah kehamilan yang paling sesuai untuk anda serta isteri anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih