
Sulit
3 tahun
Tentang Pekembangan Bayi Dalam Kandungan
saya sekarang mengandung 34minggu 4hari… Semalam saya buat scanning pekembangan Bayi saya. Saya nak tanya, Normal ke dengan keputusan scanning saya? Mohon pencerahan. Tq
BDP - 8.56cm
OFC - 10.57cm
HC - 30.80cm
AC - 30.94cm
FL - 6.39cm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman puan, berikut ialah nilai julat biasa untuk bayi dalam kandungan 34 minggu:
- BPD: 8.3 - 8.6cm
- HC: 29.9 - 31.86cm
- AC: 29.77 - 31.3cm
- FL: 6.1 - 6.7cm
Berdasarkan bacaan di atas, keputusan pengimbasan puan adalah normal tetapi pemeriksaan kandungan biasanya merangkumi pelbagai aspek lain termasuk kesihatan ibu dan sebagainya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.