
Sulit
4 tahun
Tentang pertukaran perancang keluarga
Assalamualaikum,sy wanita berumur 30 tahun,sy bru je berhnti cucuk depo,dan terus tukar ambil pil perancang,dan sekarang tgh cuti rehat pil perancang,tapi haid xdtg…mmg normal mcm tu ke…atw mmg kesan die mcm tu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sekiranya anda dalam pengambilan pil perancang kehamilan dan tidak mendapat haid selama minggu rehat (7 hari), anda tidak perlu risau, terutamanya jika anda tahu anda mengambil pil setiap hari. Adalah normal untuk haid anda lebih ringan dan lebih pendek daripada biasa, terutamanya jika anda sudah lama merancang kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih