
fletchersxnsetan
5 tahun
Tentang pil kecemasan
tempoh 72 jam sudah berlalu sehingga hampir 1minggu…adakah pil kecemasan mengandung masih lagi boleh digunakan supaya berhenti dari mengandung?kerana dikatakan sehingga 72 jam sahaja tpi saya sudah 1 minggu…adakah masih beri effect untuk berhenti mengandung jika sudah 1 minggu baru ingin makan pil kecemasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil kecemasan ini hanya berfungsi jika diambil dalam waktu yang ditetapkan iaitu 72 jam. Jika anda mengambilnya selepas 72 jam, ia kurang berkesan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.