
Sulit
4 tahun
Tentang ubat kecemasan
saya hendak bertanya ubat postinor adakah ubat itu akan melambatkan haid sepatutnya dekat dekat hujung bulan saya akan period tapi disebabkan sy dan suami bersama saya telahpun makan ubat tu pada 21hb 10 boleh terangkan

4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan anda. Saya fahami kebimbangan yang anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk makluman anda, postinor mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Kemungkinan gejala yang anda alami sekarang adalah kesan sampingan pil postinor. Namun untuk maklumat lebih terperinci anda boleh berhubung dengan Doktor bagi pemeriksaan lanjut. Sekiranya gejala yang anda hadapi berpanjangan, sila ke klinik atau hospital berdekatan.
Anda juga boleh berhubung dnegan Pakar kami secara peribadi di ( DoctorOnCall ) untuk dapatkan khidmat konsultasi. Terima kasih.