
Sulit
5 tahun
Tentang ubat ultracet 325mg
hello dokter bolehkah saya makan ubat ultracet ini bersama panadaol dan neruobion??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang persoalan ini. Untuk makluman pihak anda, ultracet ini adalah selamat untuk dimakan dengan panadol dan neurobion. Namun, anda dinasihatkan untuk membincang dengan doktor anda sama ada masalah yang anda hadapi memerlukan ubatan tersebut kerana kadang kala kesan sampingan ubat akan memburukkan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.