
Sulit
4 tahun
Terambil extra ravimed pills
Saya berumur 27 tahun, saya beli ubat ravimed di farmasi 2 minggu lepas. Untuk turun darah haid. Tapi baru mula makan hari ni. Dan saya terlupa sangat2 dos yg perlu diambil. Saya mengambil 4biji satu hari. Ada kesan sampingan tak? Perlu tidak esok saya xambil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai hal ini. Untuk makluman anda, ubat yang anda nyatakan merupakan sejenis jenama ubat dari kategori medroxyprogesterone. Dos pengambilan pil berkenaan yang disyorkan untuk mengatasi masalah haid adalah 1- 2 biji sehari bergantung kepada masalah kesihatan anda. Sekiranya anda kelebihan dos, anda dinasihatkan untuk memantau sebarang gejala pada diri anda. Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom yang serius seperti kesukaran bernafas ataupun rasa ingin pitam.
Sekiranya anda terlepas dos, ambil secepat yang anda ingat. Sekiranya sudah hampir dengan masa dos seterusnya, lewati dos yang anda terlupa. Ambil dos seterusnya pada waktu biasa. Jangan menggandakan dos untuk mengejar ketinggalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan,anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih