
Sulit
5 tahun
Terasa ada benda tersekat di tekak dan ada kala nafas tidak puas
Saya wanita berusia 30tahun…saya ada pergi ke klinik atas sebab saya berasa tidak puas apabila menarik nafas panjang…saya tiada demam, tiada sakit tekak dan tiada sakit didada…sy ada bt pemeriksaan jantung dan doc ckp tiada masalah jantung…Doc klinik tersebut beri saya ubt gastrik angin dan ubt untuk perut… Setelah makan ubt yg diberi,sy rasa semakin ok…Tetapi selepas seminggu lebih, sy terasa macam ada benda tersekat di tekak selepas makan dan membuatkan kadang kala saya rasa tidak puas bila tarik nafas panjang…selang beberapa jam…hilang rasa tersekat tu… Boleh doc terangkan apa masalah… Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada penyakit daripada jangkitan COVID-19, masalah sesak nafas dan sakit tekak juga boleh disebabkan oleh:
- tonsil membengkak
- pneumonia
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan anda mengalami gejala diatas, anda disarankan untuk menjalani ujian penilaian. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini