
Sulit
3 tahun
Terasa getaran pada kelopak mata belah kiri
Assalammualaikum, sudah hampir sebulan lebih mata kiri saya ni asyik bergetar-getar. Getaran dapat di rasa pada kelopak mata. Pekerjaan saya mengakibatkan saya banyak mengunakn computer dan Hp buat masa yang lama. Adakah faktor pekerjaan saya boleh menjadi punca??
Moga dapat penjelasan.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah mata bergetar ataupun berdenyut. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Keletihan
- Terdedah kepada cahaya terlalu lama
- Kurang rehat dan tidur
- Pengambilan kafein
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Radang sinus
- Migrain
- Optic neuritis
- Glaucoma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.