
Sulit
4 tahun
Terasa hendak buang angin tapi tidak
Saya lelaki berumur 21 tahun mengalami terasa hendak buang angin tetapi tidak. Saya ingin cuba meneran tetapi saya takut mengalami pelbagai penyakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sukar buang angin boleh disebabkan oleh lebih dari satu perkara. Antaranya:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - Bowel obstruction / usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Irritable bowel syndrome : yaitu sekumpulan gejala yang terjadi akibat hubungan signal otak dengan usus yang tidak selari
- Appendicitis - yaitu keradangan appendix
Sebetulnya semua keadaan diatas memerlukan pemeriksaan lanjut sebelum diagnosis diberikan dan pengubatan dijalankan. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor terlebih dahulu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.