
Sulit
4 tahun
Terasa ingin bunuh orang, normal atau tidak?
Hello doc. Sya perempuan berumur 24 tahun. Sya gemar dan sering tengok cerita mengenai jenayah, pembunuhan bersiri, cerita yang berdasarkan cerita benar. Maklumat yang disampaikan dari setiap cerita sangatlah jelas, terutama dari segi cara pembunuh itu melalukan pembunuhan, contohnya menggunakan kain stokin untuk ikat kaki dan tangan mangsa, tikam guna pisau, pecahkan kepala mangsa di penjuru tajam. Tapi benda yang saya takut dengan diri saya sendiri ialah kadang2 perasaan untuk mencuba lakukan aksi jenayah begitu boleh membuak2 di hati saya sendiri, terutama bila emosi saya dalam keadaan yang tidak stabil. Saya boleh bayangkan yang saya sedang memegang pisau, dan saya teringin sangat tengok muka orang yang saya tikam tu. Dan saya sangat tertanya-tanya, apa rasa dan perasaan saya selepas membunuh seseorang. Saya takut dengan diri saya sendiri, sampaikan sekarang saya cuba untuk jauhi cerita2 jenayah dan lebihkan cerita2 yang lawak dan menggembirakan. Saya tertanya-tanya, mental saya normal atau tidak jika saya berfikiran begini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan spektrum personaliti anti sosial yang berat
- gejala depresi disertai gangguan psikotik
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mental organik
- gangguan psikologi akibat dari pengaruh luar
- atau gangguan yang lain
Buat masa ini, saya berharap anda memberanikan diri untuk bersemuka dan berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat (yang dipercayai) sebagai sokongan emosi dan selanjutnya agar tidak lagi mengisi masa terluang dengan adegan & watak fiksyen yang negatif. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk anda, sekiranya tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga menasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing tersebut, kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri serta orang lain
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.