Sulit
3 tahun
Terasa lelangit bernanah
Saya berumur 22 tahun. Pada 5 hari yang lalu, saya terasa seperti lelangit saya ada bonjolan. Time tu takde rasa apa apa. Tapi bila malam, terasa bonjolan tu berdenyut sangat. Sampai takboleh tidur. Esoknya, mula timbul rasa sakit kat gigi atas dari depan sampai belakang. Setiap malam saya takboleh tidur sebab lelangit saya bengkak seperti ada nanah. Saya sampai rasa tak selesa bila tutup mulut sebab akan berlanggar dengan lelangit yang bengkak tu. Saya ada pergi ke klinik gigi dan dapatkan rawatan saraf pada gigi yang dah mati. Tapi bengkak pada lelangit saya masih tak kurang dan sangat merimaskan saya. Setiap malam masih menahan kesakitan bila dia berdenyut. Dr ada solusi tak untuk saya rasa lega pada lelangit? Bolehkah saya pecahkam bonggolan pada lelangit itu sendiri?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Oral mucoceles
- Torus palatinos (ketumbuhan tulang pada tempat berkenaan)
- Nasopalatine duct cyst
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.