
Sulit
3 tahun
Terasa lendir atau kahak di bahagian tekak yang menyebabkan saya kurang selesa tetapi saya tiada terasa ingin batu dan tidak mempunyai sakit tekak cuma terasa seakan lendir atau kahak yang berada di tekak menyebabkan saya kurang selesa
Doctor boleh saya tahu kenapa ye saya rasa macam ada lendir atau seperti kahak di tekak saya tetapi saya tidak batuk dan sakit tekak cuma terasa ada kahak atau lendir di bahagian tekak boleh saya tahu adakah ini merupakan penyakit yang serius ?? Dan boleh saya tahu apakah langkah yang saya boleh untuk menghilangkannya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Beberapa perkara mungkin menjadi punca masalah ini.
Antaranya.
- Jangkitan Salur pernafasan atas
- Radang tonsil
- Alahan
- Faringitis
Jangkitan Covid tidak boleh diketepikan.Anda perlu sentiasa menjaga kebersihan tangan anda serta menggunakan pelitup muka dengan baik.
Kami menyarankan anda untuk mengambil ujian persendirian Covid-19 di rumah untuk keselamatan anda dan warga lain.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor melalui atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.