
Sulit
4 tahun
Terasa lenguh tangan kaki terasa pening dan rasa kencing tak lawas
Saya lelaki berumur 20 tahun terasa lenguh tangan dan kaki terasa pening dan terasa gelap dimata dan mempunyai kencing tak lawas kadang kadang terasa loya nak muntah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah pening kepala hingga hendak pitam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- kurang kandungan darah merah
- kurang kandungan gula dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih