
axhrxh
5 tahun
Terasa mual Di tekak
Salam,doktor …sy berumur 30, sy kerap terasa mual dan berdebar, dan selalu ludah…biasa dlm sejam Lepas tuh kembali normal…knp doktor ye…adakah normal…,sya rasa mcm ada lendir di tekak sy…bkn sbb nak muntah…tp lendir tuh Di tekak membuatkan saya tidak selesa dan rasa mual…dgn perasaan berdebar…kerap jgk berlaku…tp bkn sentiasa …dan kdg2 dia dtg dgn hilang selera makan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala rasa mual dan tidak selesa pada tekak anda boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Radang saluran tekak - akibat jangkitan kuman atau asid perut
- Penyakit jantung - gejala seperti ini jarang berlaku namun ianya tidak mustahil terutamanya kepada wanita
- Kesan ubat-ubatan
- Kehamilan - sekiranya tidak merancang untuk mengelak kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.