Sulit
3 tahun
Terasa ngilu di tulang belakang
hi doctor, sy wanita yang berusia 23 tahun, sejak kebelakangan ni saya terasa ngilu di kawasan tulang belakang saya terutama bahagian sebelah kiri. ini berlaku sejak saya mengangkat barang yang berat terlalu banyak dan sakitnya berpanjangan selama 3 -4 hari. adakah ini dinamakan slipdisc? dan kadang2 ianya berlaku selepas sy melakukan kerja yang berat dan akan mengalami lenguh tangan kanan dan ngilu, leher akan terasa lenguh dan sakit.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “Slipped disc”
- Jangkitan tulang belakang - seperti oleh tibi
- Masalah buah pinggang - seperti keradangan, batu karang, jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.