Sulit
2 tahun
Terasa pedih atau sakit bila buang air kecil
Hi Doctor, sya seorg wanita yg telah berumahtangga. Baru-baru ini, sya terasa sakit & sedikit pedih apabila buang air kecil. Benda ini terjadi selepas sya bersama dgn pasangan. Pernah terjadi juga sebelum ini tapi sya tak ambil kisah sgt. Apa punca masalah ini berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah sakit dan pedih ketika kencing ataupun buang air kecil. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Kepenatan dan kurang berehat
- Kerap menahan air kencing
- Kedudukan badan yang tidak betul semasa kencing
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
- Diabetes mellitus
- Jangkitan kuman aupun keradangan pada buah pinggang
- Jangkitan pada saluran kencing
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan penyakit kelamin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.