sahrulanuar039
6 tahun
Terasa sakit bahagaian bawah dada sebelah kiri
Saya berumur 26 tahun dan saya mengalamai sakit dan gatal pada bahagian bawah dada sebelah kiri…dan ad sedikit bengkak dibahagaian tersebut…apakah sebab tersebut mohon penerangan dari doctor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan beserta benjolan pada bahagian kiri dada anda boleh disebabkan:
- Kayap (Shingles)
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Kista (cyst)
- Alahan dermatitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























